Sunday 8 December 2013

..LASIK WITH PROF. DR MUHAYA #3 - POST LASIK..

Hiye peeps..
It's been a month since i done my Lasik..

Alhamdulillah all went well..
It's just that a few 1st days CL start keje, ada la rasa mata macam stress bila menghadap screen pc lama-lama..
Bila rasa stress tu cepat-cepat tengok benda lain..
And lubricant eyedrops juga helps utk elak mata rasa kering & stress..
PCMC bekalkan lubricant eyedrops brand Vismed..
Dah abis Vismed tu, CL beli kat Guardian brand  Systane..
Systane nie memang one of the brands yang staff nurse kat PCMC suggest juga :)

Now CL dah start make up mata..
PCMC cakap jangan make up mata 2 weeks lepas Lasik tapi CL pantang sebulan..
Saja pantang lebih-lebih hihihi..

Overall, penglihatan CL sekarang alhamdulillah terang sama macam pakai specs dulu..
Kadang-kadang ada juga time-time lupa tu pegi capai specs, nak buat macam mana dah terbiasa 7 tahun pakai specs hihihi..
Btw  i would like to upload the video of my Lasik procedure but i don't know why i can't upload here..
*frustrated*


But if u wanna see clearly the full procedure of Lasik, u may watch this!!




And to learn more about Lasik, u can watch this!!




 Till next time, daaaaaaaa..


-XoXo-

Thursday 21 November 2013

..LASIK WITH PROF. DR. MUHAYA #2..

Hiye all..
Jom CL nak sambung story pasal Lasik..


8th Nov 2013

Appointment pukul 12.00 pm so CL bertolak dari SJ pukul 11.00 am..

Mummy & adik CL, Azirah temankan CL hari tu, papa x teman sebab nak pegi Solat Jumaat..
Owh btw masa hari nak buat Lasik tu, patient tak boleh pakai apa-apa perfume, deodorant, skincare, make up etc..
Reasonnya ~ mesin lasik tu sensitif bau..


Sampai-sampai PCMC, CL cari toilet dulu.. Mek nervous ok!!! hahaha..
Then terus naik Level 3, settle kan payment untuk prosedur Lasik kat ENT Clinic, West Wing..
Dah settle, terus pegi East Wing untuk ke Lasik Centre..

Last pic as budak kaca mata!!!

Register dulu, then Staff Nurse Suzana  ajak masuk waiting room untuk siap-siapkan CL pakai jubah bedah & cap..
Masa tu memang mulut ni duk terkumat kamit berzikir aje..
Kebetulan CL adalah 1st patient untuk Lasik dat day..
Lagi la mek nervous hihihi..

Masuk OT pukul 12.15pm..
Nurse cuci mata semua, lepas tue Prof. datang bagi salam..
Masa tu CL dah terbaring & bersedia nak serah diri aje hihi..
Prof. terang sikit-sikit prosedur macam mana then dalam 12.20 pm prosedur bermula..
CL dengar Prof. baca Bismillah & mesin tu pon bunyi *suction on*
Supsap supsap settle kat mesin 1st, nurse pusing katil pegi mesin 2nd..
Masa kat mesin 2nd tu la dibuat laser..
Ada bunyi bising sikit *lite-lite gitu* & bau hangit sikit kesan laser tuh..

In da middle of procedure

Tapi yang sangat CL tertarik, Prof. mendoakan CL sepanjang prosedur dibuat.
OT pula dipasang Zikir Terapi Hafiz Hamidun untuk calm kan patient..
Sedar-sedar dah siap hihi..
Prof. suruh CL paling ke kiri then Prof. tanya 'nampak apa?'
I saw mummy's face clearly..
Masa tu tak tau la macam mana nak gambarkan perasaan ni..
Syukur sangat sebab Allah bagi peluang kedua untuk melihat tanpa specs..

hey i saw my mummy's face clearly :)

Lepas keluar OT, rest kejap kat waiting room tu..
Masa tu baru mata CL start pedih sangat, ubat bius dah habis kot..
Mata CL pedih rasa macam ada pasir dalam mata dalam 2 hours gitu tapi nurse cakap barapa lama mata pedih depends pada individu & mata masing-masing..
Rest situ dalam half an hour..
B4 balik mestila amik gambar dengan Prof dulu hihi..


Prof. sangat baik & lemah lembut orangnya :)


Sembang-sembang kejap dengan Prof., sempat lagi Prof. bagi tips macam mana Prof. jaga kesihatan.
Prof. pesan makan omega oil macam Prof. hihi..
Dalam pukul 2.30 pm CL dah keluar dari PCMC dengan mata yang mampu melihat tanpa specs..
Tapi masa tue pakai sunglases sebab mata tak boleh kena cahaya





1st date with Aifa bincang pasal 'Post Lasik' @ our fav spot, Blackcanyon :) 


Kalau CL rajin, CL buat cerita pasal Post Lasik..
Till then, daaaaaaaaa



-XoXo-


Wednesday 20 November 2013

..LASIK WITH PROF. DR. MUHAYA #1..

Hye peeps..
Pssstttt excited nak bagitau nih!!!
I am no longer 'budak kaca mata' :)

Actually CL start pakai specs tahun 2003 tapi pakai masa attended lecture aje..
Start serius pakai specs tahun 2008..
As time goes by, i am thinking of doing LASIK..
Secara mudahnya, Lasik adalah prosedur pembentukan semula kornea mata bagi menyerupai fungsi specs..
Lama jugak CL ambil masa untuk study pasal Lasik nih ~ apa procedure, complication & prognosis..
Early September this year, CL dapat tau classmate CL masa secondary school dulu, Aifa dah berjaya buat Lasik last July..
Bermula la episode interview Aifa, tanya experience dia as she is my real case testimonial hihi..
After buat discussion with my parents & istikharah, i decided to undergo Lasik with Prof. Dr. Muhaya at Eye and Lasik Centre, Prince Court Medical Centre, KL..
Call Eye and Lasik Centre on 18th Sept 2013, set appoinment untuk eye screening on 6th Nov 2013 @ 10.00 am..


6th Nov 2013

Pagi tu bertolak dari SJ  pukul 8.30 am, sampai PCMC pukul 9.30 am..
Register dulu di Level 1..


Tunggu turn..

Setiap patient akan diberi 'Patient Financial Folder' masa register..

Dah settle terus pegi ENT Clinic di West Wing, Level 3..
Masa di ENT Clinic tu, mata CL diperiksa menggunakan 4 mesin..
Dah settle keempat-empat mesin tu, CL kene pegi Lasik Centre di level yang sama tapi di East Wing..
Jauh jugak West Wing nak ke East Wing tapi CL kira jalan-jalan sambil menikmati permandangan indah hotel hospital..
Serius PCMC ni sangatttt cantik, macam 5 star hotel ok!!!! hihi..

Di Lasik Centre, mata CL diperiksa dengan 3 mesin yang berlainan fungsi..
Memang canggih la mesin-mesin di PCMC nie..
Later CL jumpa dengan optometrist, Ms. Chia *kalau xsilap CL, itu la namanya* untuk check latest powers, level of astigmatism & eye dominant..
Ms. Chia juga explain macam mana lasik ni dapat membetulkan rabun mata & apa yang akan berlaku masa proses Lasik tue nanti..

Kemudian, mata CL dititikkan dengan 3 jenis eye drops & all of sudden mata CL jadi blur..
Rupanya eye drops tue untuk melumpuhkan otot yang mengawal ketebalan kanta mata & untuk membesarkan anak mata bagi membolehkan mata kita nie diperiksa dengan lebih terperinci oleh Prof. Dr. Muhaya..
Sambil-sambil tunggu Prof. Dr. Muhaya datang check mata CL, staff nurse buat lagi 2 ujian ~ ujian tekanan mata & ujian kekeringan mata..
Masa ujian kekeringan mata tue, staff nurse sangkut mcm kertas kat mata, punye la pedih mata masa tu..
Skali fikir gaya macam Mr. Bean pun ada masa kertas tue tersangkut kat mata bahahahaha..

Dalam pukul 4.15 pm, Prof. Dr. Muhaya datang untuk check mata..
Masa tu perasaan bercampur-aduk, excited dapat jumpa Prof. & at da same time rasa nervous nak tau sama ada mata CL sesuai @ x untuk undergo prosedur Lasik..
Lepas Prof. check, Prof. cakap *tahniah, mata anda sesuai untuk buat Lasik*..
Masa tue punya la happy hihihi..
Lepas discuss sikit-sikit & ucap thanks to Prof., terus jumpa staff nurse untuk set appoinment untuk buat Lasik..
Asalnya CL cadang untuk buat terus on da next day *7th Nov 2013* tapi manusia hanya mampu merancang, Allah SWT yang menentukan segalanya..
Prof. Dr. Muhaya cuti on 7th Nov so date untuk lasik was on 8th Nov 2013..
Bila direnung balik, 8th Nov tu adalah da 1st friday of 1435H..
Jumaat segala penghulu hari..
Settle semua urusan untuk set appoinment Lasik, CL made a payment & ambil ubat di pharmacy Level 1, urusan di PCMC hari tu selesai tepat pukul 4.45 pm..


Bekalan ubat dari PCMC utk kegunaan b4 & after Lasik..


Apa jadi masa Lasik day, nanti CL story dalam next entry ya..
Till then, daaaaaaaaa..




-XoXo-


Tuesday 5 November 2013

..Selamat..

Assalamualaikum
*fuhfuhhfuhhhhh tiup sesawang*
Lama sungguh x update blog.. Punca utama ~ MALAS ahahhaha..

Salam Maal Hijrah 1435h peeps..
Semoga tahun baru ni, kita semua buka buku baru dengan azam yang lebih baik & positif serta sentiasa di bawah redha-Nya..

Btw baru-baru ni CL attended wedding kawan-kawan CL :

Wedding Raja & Azhari 
Location : Taman Wawasan, Hulu Langat
Date : 19th Oct 2013


b4 akad nikah


Mari memburukkan wajah masing-masing!!!


Batal wuduk


Sisi romantik raja hehehehe


KGMA without Adi


Love this pic

Kemunculan nadya hihihi..


Wedding Miza & Wan
Location : Dewan Seroja, Mindef
Date : 3rd Nov 2013


Beautiful bride making her entrance


Benchmarkers


This lovely gurl is offically Puan Miza now :)


Who's next????? jengjengjeng!!!


Kelab Megi Ketam without Ija

::Raja & Azahari:: & ::Miza & Wan::
Wishing u guys Selamat Pengantin Baru, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..
& semoga cepat2 dapat baby teheeeee..


p/s :  Happy birthday to H.. 


-XoXo-











Sunday 29 September 2013

..Donate..

Hiye peeps..

The other day CL ada baca blog Fatin Liyana  regarding Hospital Beyond Boundaries a.k.a HBB..
HBB ni apa????
It's for me to know & for u to find out wakakakaka..




Actually HBB ni adalah hasil usaha a few anak-anak muda yang nak membina hospital untuk orang-orang miskin & golongan yang memerlukan di Cambodia..
How they came out with the idea to built the hospital???
Tue korang semua boleh baca secara detail by visiting website HBB..

Bagi CL, usaha anak-anak muda ni sangat brilliant & murni sangattttt..
Tak semua orang berfikiran sejauh ni termasuk la CL
Kalau mengikut Fatin Liyana, HBB ni dah ada bangunan di Cambodia cuma sekarang diorg tengah kumpul dana nak beli bangunan tue..

Walaupon kita xde idea sehebat ini tapi bagi CL kita still boleh be part of it..
How???
Kita derma la setakat yang kita mampu untuk bantu mereka merealisasikan hasrat mereka nih..
Selagi hospital tue ada, insha Allah pahala dari amal jariah yang kita buat tue berterusan walaupun kita dah xda di dunia kelak..

Kalau rasa tak mampu nk derma @ bersedekah, tak salah kalau kita sampai-sampaikan perkara nie kepada family kita, saudara mara kita, kawan-kawan office kita, kawan-kawan sekolah kita, jiran tetangga kita atau sapa-sapa aje untuk bantu pembinaan hospital ini..
Insha Allah kalau niat kita baik, akan ada ganjaran juga dari Allah swt..

Macam mana nak derma????



Btw entry nie bukan berniat nak meniru entry Fatin Liyana, niat CL cuma satu.. 
Nak berkongsi dengan kawan-kawan CL yang baca blog ni..
*Spread the words in the name of humanity!!*
*Peace*


-XoXo-







Tuesday 6 August 2013

..HaRi RaYa TiBa LaGi..

Hellooo peeps...
Lusa hari raya yeayyy...

Persiapan raya CL : 

  • Baju raya - Tailor xsempat siapkan baju raya,  so CL pakai mana yang ada jea *pasrah*
  • Tudung raya - Since baju raya xsiap so tudung raya pon kire xde la huhu..
  • Kasut & handbag raya - Pakai yang sedia ada aje..
  • Biskut raya - Biskut tunjuk yeahhh hahaha..
  • Duit raya - Checked..
  • Service kereta - X pegi service pon sbb ramai sgt org service kereta so CL kemudian aje la, lagipun kereta CL x jalan jauh hihi..

Raya kali nie sederhana aje, almost semua uncle & aunty CL raya di rumah mertua masing-masing..
So tinggal family CL & sorang uncle je yang akan raya rumah nenek nanti..
Selalunya raya nie budak-budak je yang excited lebih nak collect duit raya, kita yang dewasa ni biasa-biasa aje, aite?? ;)
CL looking forward nak makan sedap aje hahaha..

Dikesempatan ini CL nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kaum keluarga & sahabat handai CL..
Kalau ada CL pernah terkasar bahasa ke, terlebih gurau ke, terlebih sindir ke dll, ampun maaf dipinta dari hujung rambut sampai la hujung kaki..
CL x sengaja tau hihi..
Jemput la datang beraya rumah CL ok :)

Hopefully u guys enjoy ur Hari raya ok!!
Till then, adiosss...



-XoXo-

Thursday 18 July 2013

..Da day I TurN 28..

Hoh today genap umur CL 28 tahun..
Tapi tetap feeling macam sweet 17 forever hahaha..
Nothing much to say juz CL nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada mummy yang telah susah payah bertarung nyawa 28 tahun lepas untuk lahirkan CL..
CL nak ucapkan terima kasih banyak=banyak pada mummy & papa yang bersusah payah besarkan CL, bagi kasih sayang, bagi pelajaran, bagi kesenangan sepanjang hidup CL nie..
memang tak terbalas segala jasa & pengorbanan mummy & papa..
CL hanya mampu doakan semoga mummy & papa diberi kesihatan yang baik, ketenangan hidup & kebahagiaan dunia akhirat..
Untuk diri CL pulak, CL cuma doakan & harapkan semua yang terbaik untuk CL..

Dikesempatan ini juga CL nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada kaum keluarga, sahabat handai & kenalan CL atas ucapan & doa sempena ulang tahun CL kali nie tak kira la thru phone calls, sms, whatsapp, wechat, facebook mahupun face 2 face..
Semoga kita semua sentiasa di bawah redha Allah SWT..
Aminnnnnn...


-XoXo-




Tuesday 16 July 2013

..BeBaS..

Finally....

After 10 bulan CL menanggung kerja PP(W), akhirnya post tersebut dah diisi oleh pegawai baru hari nie..
Alangkah gembiranya diriku..
Joget lambak tahap tak hingat

To Mr. D, selamat menjalankan tugas PP(W)..
U can do it bro!!!!


-XoXo-

Saturday 13 July 2013

..MakaNan BaSi janGan DimaKan TaPi CeriTa BaSi BoLEh diBaCa..

Hye peeps..
Hari ni nak story pasal cerita basi mihmihmih..
Last month (13 - 15 Jun 2013) CL ada joint satu trip ke Labuan & Brunei..
Trip nie anjuran P*P*TD Wilayah Timur yg melibatkan seramai 24 orang..
22 orang wakil Pahang, sorang wakil Terengganu & CL da one n only wakil Kelantan..

We all spend one night di Labuan (13 Jun) & one night di Brunei (14 Jun)..
Kat Labuan, we all pegi Perbadanan Labuan *Taklimat Pembangunan disampaikan oleh Pengarah Perundangan Labuan*
Selain tue, we all dibawa oleh pegawai Perbadanan Labuan utk sesi sightseeing bandar Labuan pada sebelah petang..
*Peace Park, Muzium Chimney, Labuan War Cemetery & of course tempat shopping*

Chimney

Da next day, we all bertolak dari Labuan ke Brunei naik feri Sri Labuan 3 dari Terminal Feri Antarabangsa Labuan..
Sampai Brunei, we all dibawa ke Malaysian High Commission..
Kat sana ada sesi knowledge sharing dengan Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei..
Besides that, we all juga ada sesi knowledge sharing di Tourism Malaysia & Ministry of Industry and Primary Resources..
Sightseeing pulak we all pegi Royal Regalia, Kampong Ayer, Istana Nurul Iman etc..


Facts yg menarik tentang Brunei :
  • Falsafah kebangsaan Brunei adalah Melayu Islam Beraja (MIB)..
  • Di Brunei hanya ada 1 premis McD..
  • Taxi di Brunei hanya ada sekitar 40 buah shj.. 
  • Di Brunei, baby disebut anak damit.. Jangan sesekali sebut/panggil baby tu bayi.. Bayi in Brunei means babi!!!! 
  • Masjid Jame' Asr' Hassanil Bolkiah ada 29 buah kubah emas.. Masjid nie adalah wakaf peribadi Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam. Mengikut kata tourist guide kami, masjid ni dianggarkan kosnya kira-kira 400Million (xtau la dalam currency apa) fuhhhhhhh..
  • Ada sebuah masjid (CL xingat yg mana satu) setiap kali lepas solat terawikh, jemaah akan diberi BND 10 sebagai zakat dari Sultan Brunei (boleh kumpul buat belanja raya nih hihihi)..
  • Penempatan di Kampong Ayer kira-kira 20,000 orang.. Kat Kampong Ayer ni siap ada sekolah, masjid, balai bomba atas air.. Nice..
  • Chiffon di Brunei adalah supeeerrrrrr murahhhhhhh..
  • Lain-lain uolsss kene la explore Brunei sendiri.. 

Above all, CL paling suka masa pegi Royal Regalia, terasa sangat jakun di situ..
Go & explore yourself :)

Rombongan di depan Malaysian High Commission Brunei
Interior Masjid Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah 
Masjid Omar Ali Saifuddien
Perkarangan masjid Omar Ali Saifuddien
Usongan Diraja di Royal Regalia (pandangan sisi)
Usongan Diraja pandangan belakang.. Semua itu gold ok!!!
Pandangan depan Usongan Diraja
Kampong Ayer
This gold camel is worth around $250,000,00
Urs truly ;)
Istana Nurul Iman


Till next time..
Daaaaaaaaaaaaaaaaa..



-XoXo-

..RaMaDHan KaReeM..

Ye tau tau today dah 4 Ramadhan..
Nak wish pon ala-ala dah lambat but since this is my blog, who caressssss muahahaha..
CL ucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin & muslimat di muka bumi Allah ini..
Semoga ramadhan kali ini kita semua diberi kesihatan yang baik dalam menjalani ibadah suruhan-Nya..

Secara peribadi, CL berdoa agar  tahun ni CL dapat menunaikan solat sunat terawikh di surau secara berjemaah  lebih kerap berbanding solat sorang-sorang kat rumah..
Yelah kadang kita xleh jangka apa nak jadi.. Elok-elok dah plan nak pegi surau, ada hal plak kat rumah yang x membolehkan kita pegi.. 
*Yang penting niat tu ada*

Dan CL juga harap tahun ni x de la banyak sgt jemputan berbuka puasa kat luar sebab CL nak berbuka di rumah.. Tp bila org dah jemput kadang x sampai hati nak menolak jemputan huhu..
*Bajet retis sangat  la pulak wahahahah*

Bulan puasa ni juga CL harap kita semua dapat buat lebih banyak perkara-perkara sunat di bulan Ramadhan.. 
*Khatam Al-Quran, bersedekah etc*


“Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.” (Al-Baqarah : 272)



-XoXo-

Friday 7 June 2013

..SSID..

Hye all..
Sekarang ni CL mesti xsabar nak tunggu hari jumaat..
Sebab????????
Eheheh sebabnya xsabar nak tengok cite Sebenarnya Saya Isteri Dia..*lagha betol*
Sumpah comel cite nih..

Mula-mula dulu masa tengok iklan dulu cam ntah pape je tajuk citenya..
Tapi layan jugak la 1st episod tu.. 
Masuk 2nd episod macam dh addicted..
Terus esoknya beli novel ahhahahha..
Tapi biasa la harus la jalan cite novel tue lagi best dr drama kan..
Drama kan limited penceritaannya tp overall SSID ni best sbb drama ni mostly follow jalan cite novel..
Kalau ada berubah pon sikit aje la here & there..
Izzue Islam & Tiz Zaqyah pon memang sesuai la bawak watak Firash & Syaf tu..

Rasenye semua org dah tau kan Izzue Islam dah kawin minggu lepas..
Khabarnya ramai anak gadis frust..
Oh come on la, kalo Izzue Islam xkawin ngan Awin tu pon xsemestinya Izzue pilih korang kan?? ahaha
CL ni peminat zaman moden, kalo fav actor kawin, CL suke je..
Xperlu la nak frust-frust bagai ;p
Atol kutuk cakap Awin xcantik, jahat sangat statement tu tau..

CL tertarik dgn statement Izzue dalam paper Berita Harian few days b4 dia kawin..
"Peluang utk bertemu dgn wanita lain mungkin ada tapi peluang utk mendapat wanita sebaik dia mungkin susah"
Owh sweetnya.. Kalo CL di tempat Awin memang cair abis la..
Erkk skrg ni pon dah cair ahahahhaha

Meh layan OST Sebenarnya Saya Isteri Dia - Kita by Forteen






p/s : Xsabar nak tgk SSID malam nih ehehehe....


-XoXo-