Thursday 7 March 2013

..YaNg DiRinDu..

Hari nie genap 16 tahun arwah abah (beliau adalah atuk CL tapi semua cucu-cucu beliau panggil beliau 'abah')..
Seminggu selepas pemergian arwah uncle mengadap illahi, arwah abah pula dijemput mengadap illahi..
CL sedih tgk mummy menangis sedih kehilangan abah & adik dalam jarak masa seminggu..
CL sedih tgk nenek menangis hiba kehilangan suami & anak dalam jarak masa seminggu..
*menangis pilu*

Arwah abah meninggal dalam tidur lepas beliau selesai solat subuh pagi tue..
CL ingat lagi hari tu hari Jumaat.. 

Lepas dapat perkhabaran dr kampung, kami sekeluarga terus rush balik kb dari ipoh..
Papa drive dr ipoh - kb dlm masa 4 jam je..
Kami sekeluarga tiba di kb dlm pukul 1.15 tgh, terus ke surau sbb jenazah dh ada di surau..
Solat jenazah dibuat selepas solat jumaat dan dikebumikan di tanah perkuburan bersebelahan surau..
Kami sekeluarga xsempat tatap wajah & kucup wajah arwah abah buat kali terakhir demi menghormati permintaan arwah abah yg memang dah pernah pesan supaya diuruskan secepat mungkin jenazahnya sekiranya beliau meninggal dunia..

Banyak sungguh kenangan bersama arwah abah..
CL xkan pernah lupa kenangan arwah abah yg suka berpantun dan menyanyi lagu-lagu rakyat setiap kali bawak cucu-cucu ronda-ronda bandar naik kereta..
CL xkan pernah lupa kesungguhan arwah abah melayan kerenah & permintaan cucu-cucu yg nak makan macam-macam setiap kali balik kampung..
CL xkan pernah lupa wajah sugul arwah abah setiap kali cuti kami dah abis..
CL xkan pernah lupakan semua kenangan bersama arwah abah..

Terima kasih ya Allah kerana memberi peluang kepadaku untuk merasai nikmat kasih sayang arwah abah..
Sesungguhnya aku bangga menjadi cucu arwah abah..

Arwah abah yang tetap dirindu sepanjang masa..
Al-fatihah..

31 Disember 1924 - 7 Mac 1997



-XoXo-

2 comments:

  1. Al-fatihah
    Setiap yang hidup pasti akan mati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita yang masih hidup ni doa-doakan la mereka yang 'di sana'..

      Delete